MAJLIS BELIA MALAYSIA

KIBAR Negeri Sembilan : Belia Menggerak Komuniti

LINGGI 31 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) turut sama menjayakan Program Kembara İnspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Sembilan 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Dickson dalam suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.

Edisi kali ini mencipta kemeriahan tersendiri dengan kehadiran YAB Perdana Menteri.

MBM diberikan peranan mengelolakan program tukar minyak enjin motosikal dan Mari Mencuba Sukan Pickle ball bersama rakan strategik – Belia Mahir dan Reskills.

KIBAR diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Sesi Dialog Bersama YB Menteri Belia dan Sukan, khidmat komuniti kesukarelawanan belia, jejak prihatin, promosi belia berpersatuan oleh ROY, Jualan Rahmah dan lain-lain.

Hadir sama Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »