MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Bantah Tekanan Terhadap Kedaulatan Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) membantah tindakan beberapa Ahli Kongres Amerika Syarikat yang menggesa pentadbiran negara itu menyemak semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia serta menggantung pembiayaan International Military Education and Training (IMET) susulan pendirian Malaysia terhadap Israel.

MBM menyatakan sokongan penuh terhadap ketegasan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan dasar luar Malaysia yang bebas, berprinsip dan berpaksikan kepentingan negara. Malaysia berhak menentukan dasar luar, imigresen dan keselamatannya tanpa sebarang tekanan atau campur tangan asing.

MBM turut menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin berasaskan keadilan, undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat.

MBM menyeru semua pihak menghormati kedaulatan Malaysia serta mengutamakan dialog dan diplomasi, bukannya ugutan politik atau tekanan yang boleh menjejaskan hubungan dua hala.

AHMAD FARHAN ROSLI

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 23 Julai 2026

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MBM OBJECTS TO EXTERNAL PRESSURE ON MALAYSIA’S SOVEREIGNTY

The Malaysian Youth Council (MBM) strongly objects to calls by eight U.S. lawmakers urging the United States administration to review its security and economic relationship with Malaysia, including suspending funding under the International Military Education and Training (IMET) programme following Malaysia’s policy concerning Israel.

MBM expresses its full support for the firm stance taken by Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim in defending Malaysia’s independent and principled foreign policy. Malaysia has the sovereign right to determine its foreign, immigration and security policies free from external pressure or interference.

MBM also reaffirms its unwavering support for the legitimate rights of the Palestinian people in accordance with international law and universal humanitarian principles.

MBM calls on all parties to respect Malaysia’s sovereignty and to prioritise dialogue and diplomacy over political threats or pressure that could undermine bilateral relations.

AHMAD FARHAN ROSLI

Secretary General

Malaysian Youth Council

Date : 23rd July 2026

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »