MAJLIS BELIA MALAYSIA

Malaysia Melabuhkan Tirai Penyertaan di IFY 2026. 10 wakil terakhir Regional Programme selamat kembali ke tanah air.

KUALA LUMPUR 24 Sep 2026 — Penyertaan Malaysia dalam International Festival of Youth (IFY) 2026 secara rasmi melabuhkan tirainya susulan kepulangan 10 wakil terakhir negara yang mengikuti Regional Programme. Ketibaan kumpulan berkenaan melengkapkan kepulangan keseluruhan kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 52 wakil, iaitu 50 peserta IFY 2026 dan dua wakil bagi program Guardians of Memory. […]

Lawatan Kerja MBM ke Jakarta Perkukuh Hubungan Belia Malaysia–Indonesia

JAKARTA 7 Ogos – Hubungan dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia yang berakar daripada peradaban Nusantara terus diperkukuh menerusi lawatan kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) ke Jakarta pada baru-baru ini. Berteraskan semangat “merajut warisan” dan “merancang masa depan”, lawatan ini menzahirkan komitmen MBM dalam memperkukuh jaringan strategik serta merancakkan kerjasama pembangunan belia antara kedua-dua negara. […]

Kunjungan Muhibah MBM kepada DPP Pemuda AMPI Partai Golkar

JAKARTA 25 Julai – Penolong Setiausaha Agung II Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Syahmi Shamsudin, telah mengadakan pertemuan silaturahmi ringkas bersama Sekretaris Jenderal DPP Angkatan Muda Pembaharuan Indonesia (AMPI), Arief Rosyid Hasan, di AMPI Media Center, Jakarta. MBM turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Arief Rosyid Hasan atas pelantikan beliau sebagai Sekretaris Jenderal (Setiausaha Agung) DPP […]

MBM Bina Jaringan Strategik Bersama Pemimpin Belia dan Pemain Industri Negara Membangun

BEIJING 9 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila menyertai Seminar Pekerjaan dan Pembangunan Belia bagi Negara-Negara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berlangsung dari 25 Mei hingga 9 Jun 2026 di China. MBM diwakili oleh Exco MBM, Eow Shiang Yen dalam program anjuran Pusat Kerjasama Ekonomi Antarabangsa Wilayah Fujian (IECC) […]

Translate »