MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Perkukuh Strategi Media Dalam Retreat Jawatankuasa Penerangan dan Media Baharu 2026

GOPENG 23 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Penerangan & Media Baharu telah menganjurkan Retreat Pemantapan dan Brainstorming Jawatankuasa Penerangan & Media Baharu MBM 2026 selama tiga hari di The Hideout Gopeng, Lubuk Pulai, Kampung Jahang, Perak.

Program yang menghimpunkan seramai 25 peserta ini menjadi ruang untuk menyusun semula strategi, memperkukuh kerjasama pasukan dan mencetuskan idea baharu dalam usaha memperkasakan ekosistem penerangan serta media digital MBM.

Antara pengisian utama ialah sesi “Review & Reset: Media Framing & Social Media Planning” bersama Ketua Penerangan MBM yang memberi fokus kepada hala tuju kandungan dan perancangan media sosial yang lebih segar, strategik serta dekat dengan generasi muda.

Peserta turut melalui sesi “Create” yang merangkumi aktiviti team building, sesi pengenalan jawatankuasa, penyampaian surat pelantikan ahli jawatankuasa serta perbincangan dan perancangan gerak kerja Jawatankuasa Penerangan & Media Baharu MBM bagi tahun 2027.

Turut diberi perhatian ialah agenda rebranding media MBM bagi memperkukuh identiti, meningkatkan keterlihatan dan memastikan penyampaian maklumat kekal relevan dalam landskap media yang semakin pantas berubah.

Lebih menarik, program ini turut menyaksikan rakaman Podcast “Edisi Kemerdekaan” sebagai salah satu pendekatan kreatif dalam memperluaskan naratif belia melalui platform media baharu.

Retreat ini bukan sekadar ruang untuk berbincang tentang apa yang perlu diperbaiki, tetapi turut menghasilkan keputusan, idea, pembahagian tanggungjawab dan pelan tindakan yang boleh terus digerakkan.

Bila media kuat, suara belia lebih sampai. Bila pasukan bersatu, lebih banyak impak mampu dicipta. #MenggerakBelia

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »