Wednesday, 03 March 2010

Kuala Lumpur, 3 Mac 2010 – Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa bertuah kerana telah didatangi oleh 4 orang delegasi dari Kementerian Belia dan Sukan Kenya (KBSK) yang diketuai sendiri oleh Mr. Julius N. Kubai, Director of Youth Development, KBSK serta delegasinya iaitu Mr. Jonathan K. Soi, Senior Deputy Secretary, Mr. Cornelius N. Obagi, AG Deputy Director of Youth Development dan Mrs. Winnie Nyambura Macharia, AG Deputy of Youth Development.. Delegasi ini disambut mesra oleh Tuan Hj. Irmohizam Ibrahim, Naib Presiden MBM serta Sdr. Mohd Mohd Zaidi Aziz, Setiusaha Agung MBM dan Sdr. Khairul Annuar Mansor, Exco MBM. Pertemuan ini telah berlangsung selama lebih 2 jam telah membincangkan pelbagai isu mengenai hubungan belia dua hala.