NEW YORK 21 September – Tahniah kepada Sdri. Sharifah Norizah kerana telah terpilih mewakili Asia Pacific Youth Delegate dan juga belia Malaysia untuk menyampaikan ucapan di dalam sesi pembukaan Persidangan United Nation (UN) yang turut disertai oleh semua pemimpin utama dunia.
Sharifah merupakan usahawan sosial Friends for Leadership (FFL) dan Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa dan SDG Majlis Belia Malaysia (MBM). Kami bangga dengan anda.