MAJLIS BELIA MALAYSIA

KIBAR Sungai Petani 2026: Persatuan Belia Penyatu Komuniti,Perkasa Akar Umbi

SUNGAI PETANI, 31 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) turut sama menjayakan Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Kedah 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah.

Edisi kali ini tampil lebih meriah apabila KIBAR diserikan dengan pelbagai program berimpak tinggi dalam satu hari, merangkumi sambutan Hari Sukan Negara dan Majlis Penutupan Kem Belia tahun 2026. Program yang MBM terlibat memberi kerjasama ialah Kembara Belia Madani, Semarak Subuh dan Kenduri Rakyat.

Majlis Perasmian Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.

Sebagai acara kemuncak, Kembara Belia Madani menyaksikan seramai 250 orang belia menunggang motosikal bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. Turut serta ialah Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Ahmad Farhan Rosli, Setiausaha Agung MBM, dan Jessy Ng Chor Eng, Naib Presiden MBM.

Majlis Penutupan Program Kem Belia Tahun 2026 pula disempurnakan oleh YB Adam Loh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang. Pada majlis tersebut, Jessy Ng Chor Eng, Naib Presiden MBM, menerima anugerah sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan komitmen beliau dalam memperkasakan gerakan belia negara.

MBM turut mengambil bahagian dalam program kerjasama yang dianjurkan sempena KIBAR kali ini, selaras dengan peranannya sebagai badan induk belia yang menggerakkan inisiatif di peringkat akar umbi.

Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti, termasuk Semarak Subuh yang menghimpunkan belia dan masyarakat setempat, sambutan Hari Sukan Negara yang menggalakkan gaya hidup aktif, serta Kenduri Rakyat yang mengeratkan hubungan antara belia, pimpinan dan komuniti.

Hadir sama pada program ini ialah Mohd Amir Murshidi bin Dato’ Samsudin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah; YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan; YB Adam Loh, ADUN Bakar Arang; Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN; Ahmad Farhan Rosli, Setiausaha Agung MBM; dan Jessy Ng Chor Eng, Naib Presiden MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »