Perbincangan Santai Presiden MBM bersama Presiden GPMS

KUALA LUMPUR 21 September – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha mengadakan perbincangan santai bersama Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sdr. Alif Anas. Ini merupakan siri-siri pertemuan rutin MBM bagi mendekati pimpinan badan gabungan dan pemimpin belia akar umbi. Hadir sama Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim.
Kunjung hormat MBM kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia

KUALA LUMPUR 21 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah di Bangunan Parlimen. Delegasi MBM diketuai Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Hadir sama Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Sdr. Syed Osman Mohamed, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali dan Sdri. Kavita […]
Mesyuarat Jawatankuasa Antarabangsa dan SDG MBM

KUALA LUMPUR 21 September – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Antarabangsa dan SDG MBM yang memfokuskan kepada agenda ASEAN, UN75 dan APEC 2020. Mesyuarat berlangsung di pejabat GPMS.
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan

KOTA BHARU 21 September – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang ll Penggal ke-32 Sesi 2019-2020 bertempat di Hotel H Elite Design Kelantan. Persidangan ini dipengerusikan oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankusa Belia, Sukan dan NGO […]