IPOH 1 Nov – Usai program di Sungai Petani, Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Setiausaha Agung, Sdr. Ahmad Farhan Rosli dan Naib Presiden, Sdri. Jessy Ng singgah ke rumah keluarga Sdr. Ananthan Subramaniam, Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO) yang kehilangan ayahanda tercinta baru-baru ini.
MBM menyampaikan salam takziah buat beliau dan keluarganya atas kehilangan ini dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi saat sukar ini.
Kunjungan itu menjadi tanda solidariti dan sokongan moral MBM kepada Sdr. Ananthan serta keluarga dalam menghadapi detik sukar ini, di samping memperkukuh nilai persaudaraan dan kebersamaan dalam gerakan belia.



