MAJLIS BELIA MALAYSIA

Anugerah Perdana Belia Negara: Memperkasa Pengiktirafan, Mengangkat Kecemerlangan Belia

GEORGE TOWN 25 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Naib Presiden Wanita MBM, Sdri. Ng Chor Eng Jessy bersama Exco MBM, Sdr. Amirul Abdul Safar telah terlibat dalam Bengkel Pascanilai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 dan Perancangan APBN 2027 pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di Pulau Pinang.

Bengkel anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini menjadi platform untuk menilai pelaksanaan APBN 2026, mengenal pasti isu dan ruang penambahbaikan serta merangka strategi bagi memperkukuh pelaksanaan APBN 2027.

Penyertaan MBM mencerminkan komitmen gerakan belia dalam menyumbang pandangan dan cadangan bagi memastikan APBN terus relevan, inklusif dan berkesan dalam mengiktiraf pencapaian serta sumbangan belia Malaysia dalam pelbagai bidang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »