MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Fly-off dan Taklimat Delegasi Belia Malaysia ke OIC Youth Capital dan OIC Youth Summit 2022 Kazan

PUTRAJAYA 25 Ogos – Sesi Fly-off dan Taklimat Delegasi Belia Malaysia ke OIC Youth Capital dan OIC Youth Summit 2022 Kazan, Republic of Tatarstan, Russia telah berlangsung di Wisma Putra.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah.

Seramai 7 orang delegasi belia Malaysia akan bertolak ke Kazan esok bagi menyertai program tersebut pada 27 Ogos hingga 4 September 2022. Dua orang dari delegasi ini merupakan kepimpinan MBM iaitu Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan Exco MBM, Sdri. Asya Rahman.

Turut hadir meraikan kontinjen Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM yang mewakili Presiden MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »