Kunjung hormat EMCO-MBM perkukuh kerjasama belia Cina

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Eight Major Chinese Youth-Base Organization (EMCO) Malaysia bertempat di Wisma MBM. Delegasi EMCO diketuai Sdr. Wong Kam Loon, Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM). Rombongan disambut mesra Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha […]
Pertemuan Presiden MBM bersama Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Presidennya Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Azerbaijan ke Malaysia, TYT Irfan Davudov bertempat di Kedutaan Azerbaijan Jalan Ampang. Pertemuan bagi membincangkan mengenai hubungan kerjasama kedua dua negara khususnya pembangunan belia selain sambutan 30 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Azerbaijan.
Sesi Fly-off dan Taklimat Delegasi Belia Malaysia ke OIC Youth Capital dan OIC Youth Summit 2022 Kazan

PUTRAJAYA 25 Ogos – Sesi Fly-off dan Taklimat Delegasi Belia Malaysia ke OIC Youth Capital dan OIC Youth Summit 2022 Kazan, Republic of Tatarstan, Russia telah berlangsung di Wisma Putra. Majlis disempurnakan oleh Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah. Seramai 7 orang delegasi belia Malaysia akan bertolak ke Kazan esok bagi menyertai program […]