Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) telah mengadakan perbincangan bersama Syarikat One Drop Group of Companies pada 26 Jun 2019 di Wisma MBM Kuala Lumpur bagi menjalinkan kerjasama dalam penawaran peluang pembangunan ekonomi belia.
Jalinan kerjasama ini merupakan peluang dan platform yang sangat baik disediakan oleh One Drop Group bagi membantu ekonomi anak muda dan seharusnya peluang ini diambil dan dimanfaatkan sebaiknya oleh generasi muda. Hadir dalam perbincangan ini Sdr. Syed Osman Mohamed, Pengerusi Biro/ Exco MBM dan Sdri. Nurliana Mohamad, Timbalan Pengerusi Biro merangkap Exco MBM.