MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadir MPBN Terengganu, Buka Cadangan Usul Untuk Sidang Kebangsaan

TERENGGANU 19 Oktober 2026 – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili Penolong Setiausaha Agung II, Muhammad Syahmi bin Shamsudin, dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Terengganu.

Kehadiran ini merupakan sebahagian daripada usaha MBM memperkukuh hubungan dengan kepimpinan belia negeri serta mendengar secara langsung pandangan, keperluan dan aspirasi anak muda di peringkat akar umbi.

Pada hari yang sama, cadangan usul bagi MPBN Peringkat Kebangsaan untuk sesi akan datang turut dibuka secara rasmi melalui platform Pantau Belia. Pembukaan ini menyediakan ruang kepada golongan belia dan pertubuhan belia untuk mengemukakan isu serta cadangan bagi pertimbangan dan perbincangan di peringkat kebangsaan.

MBM menggalakkan penyertaan aktif kepimpinan belia negeri agar pandangan dan usul yang dibangunkan berasaskan pengalaman setempat dapat diketengahkan dalam agenda pembangunan belia negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »