MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT PENAWARAN CADANGAN PENGANJURAN APEC YOUTH FORUM 2020

Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai mesyuarat penawaran cadangan penganjuran APEC Youth Forum 2020 sempena persidangan APEC 2020 pada 26 Jun 2019 di Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri. Cadangan ini baru di peringkat awal dan belum dimuktamadkan namun ianya bertujuan menjadi “side event” kepada APEC 2020 yang bakal berlangsung di […]

PERTEMUAN JAWATANKUASA PERINDUSTRIAN, EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN MBM (MFREN) BERSAMA ONE DROP GROUP OF COMPANIES BAGI MEMBINCANGKAN KERJASAMA PENAWARAN PELUANG PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA

Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) telah mengadakan perbincangan bersama Syarikat One Drop Group of Companies pada 26 Jun 2019 di Wisma MBM Kuala Lumpur bagi menjalinkan kerjasama dalam penawaran peluang pembangunan ekonomi belia. Jalinan kerjasama ini merupakan peluang dan platform yang sangat baik disediakan oleh One Drop Group bagi membantu ekonomi anak muda […]

PIMPINAN MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) BERAMAH MESRA DAN BERDISKUSI BERSAMA PIMPINAN KOMITE NASIONAL PEMUDA INDONESIA (KNPI)

KUALA LUMPUR 26 Jun – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi ramah mesra dan berdiskusi bersama pimpinan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI). Perbincangan seputar kerjasama ekonomi dan keusahawanan serta penerusan penganjuran Dialog Malindo yang bakal dihoskan KNPI pada 2020. Kerjasama serumpun di antara belia Malaysia dan pemuda Indonesia adalah penting kepada keteguhan Asean.

Translate »