KUALA LUMPUR 16 Feb – Perbincangan bersama Urusetia Rasuah Busters telah diadakan bagi menyusun pelan program bagi membina masyarakat yang berpaksikan nilai-nilai murni yang dapat mendorong sikap anti rasuah, salah guna kuasa, sogokan, suapan, hadiah yang mendorong tingkah laku menyeleweng.
Majlis Belia Malaysia (MBM) mendukung penuh usaha yang diinisiatifkan ini. Advokasi melalui kempen, latihan dengan badan-badan gabungan dan bukan gabungan akan digerakkan.
Rasuah Busters adalah usaha bersepadu yang telah lama diterapkan oleh MBM bagi memastikan budaya bersih dikalangan belia dapat dibina. Tiada kompromi terhadap rasuah. Uninstall and reinstall nilai-nilai sihat dalam jiwa, minda dan kesejahteraan fizikal belia. Mentakrif semula nasion yang menentang korupsi.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM. Puan Yatt daripada Kumpulan Media Karangkraf yang juga Ketua Sekretariat Rasuah Busters hadir bersama Puan Asmaliza. Turut serta Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Sdr. Mohd Suhaimi Md Din, Felo Penyelidik MBM.