Model baharu pembangunan belia, satu lontaran awal
DALAM dialog antara Menteri Belia dan Sukan bersama Ahli Dewan Tertinggi (DT) Majlis Belia Malaysia (MBM) tanggal 4 Februari yang lalu, YB Dato’ Seri Reezal Merican telah mencetuskan suatu idea penting pembaharuan iaitu model baharu pembangunan belia. Sudah menjadi lumrah pemimpin bercitrakan ‘visionary leader’ seperti beliau mahukan pembaharuan dilakukan agar bertepatan dengan semangat zaman atau zeitgeist serta […]
MBM sasar pilih 10 orang ‘penasihat anak muda’ PM
Majlis Belia Malaysia (MBM) menyasarkan untuk memilih 10 rakyat Malaysia yang berumur tidak lebih 35 tahun untuk berkhidmat sebagai “penasihat anak muda” kepada perdana menteri, menurut presidennya Jufitri Joha. Poster hebahan dari MBM dan Kementerian Belia dan Sukan pada mulanya menyatakan syarat umur minimum 15 tahun dan kelayakan akademik sekurang-kurangnya ijazah. Bagaimanapun, ia menimbulkan persoalan […]
Sesi Sumbang Saran Model Pembangunan Belia Baharu
KUALA LUMPUR 16 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengelolakan sesi sumbang saran Model Pembangunan Belia Baharu seperti dihasratkan YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dalam Majlis Dialog Menteri – Ahli Dewan Tertinggi MBM pada 4 Februari 2021. Sesi ini telah bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi membina kerangka berkenaan […]
Perbincangan MBM bersama Urusetia Rasuah Busters
KUALA LUMPUR 16 Feb – Perbincangan bersama Urusetia Rasuah Busters telah diadakan bagi menyusun pelan program bagi membina masyarakat yang berpaksikan nilai-nilai murni yang dapat mendorong sikap anti rasuah, salah guna kuasa, sogokan, suapan, hadiah yang mendorong tingkah laku menyeleweng. Majlis Belia Malaysia (MBM) mendukung penuh usaha yang diinisiatifkan ini. Advokasi melalui kempen, latihan dengan […]