KUALA LUMPUR 16 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai mesyuarat Penempatan Felo NGO Skim Perantisan Nasional bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Skim Perantisan bagi membolehkan para belia dilatih dan bekerja ini dipanjangkan untuk ditawarkan kepada badan gabungan MBM.
Ia sekaligus dapat membantu pertubuhan belia mendapat perantis bagi menggerakkan pertubuhan mereka di samping dapat mengasah bakat kepimpinan dan kerja belia profesional.
Perantisan ini boleh dipanjangkan pertubuhan belia dengan memohon skim PERKESO sekaligus berpotensi untuk terus bekerja dengan persatuan belia terbabit.