Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai mesyuarat penawaran cadangan penganjuran APEC Youth Forum 2020 sempena persidangan APEC 2020 pada 26 Jun 2019 di Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri.
Cadangan ini baru di peringkat awal dan belum dimuktamadkan namun ianya bertujuan menjadi “side event” kepada APEC 2020 yang bakal berlangsung di Malaysia. Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha hadir mewakili MBM.