MAJLIS BELIA MALAYSIA

MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA MBM BERSAMA YB NURUL IZZAH ANWAR

KUALA LUMPUR 4 Februari – YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh telah melawat pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) dan mengadakan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM untuk kolaborasi program-program sempena Hari Wanita Antarabangsa dan Sidang Meja Bulat akan datang.

Beliau juga menceritakan inisiatif yang telah dijalankan di Parlimen Permatang Pauh dan menjemput MBM membuat program kemasyarakatan di sana. Perbincangan dihadiri Naib Presiden MBM, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Penolong Setiausaha MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin dan Exco MBM dan Puan Nazira Roslee.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »