KUALA LUMPUR, 18 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Cooperation Committee for Cambodia (CCC) ke pejabat MBM pada 18 November 2026.
Rombongan CCC telah disambut oleh Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, bersama Naib Presiden MBM, Jessy Ng Chor Eng.
Kunjungan bermula dengan sesi pertemuan di pejabat MBM yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah, memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk saling berkenalan serta bertukar pandangan. Kunjungan ini disusuli dengan makan tengah hari secara santai bersama di Bendang, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menjadi ruang untuk kedua-dua pihak berinteraksi dengan lebih dekat serta mengeratkan hubungan persahabatan.
Kunjungan hormat ini mencerminkan hubungan baik antara Malaysia dan Kemboja, di samping membuka ruang kepada penerokaan potensi kerjasama yang lebih luas pada masa hadapan.
MBM berharap hubungan baik yang terjalin bersama Cooperation Committee for Cambodia dapat terus diperkukuh melalui hubungan strategik dan inisiatif bersama yang mampu memberi manfaat kepada pembangunan belia kedua-dua negara.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid, Presiden MBM, Jessy Ng Chor Eng, Naib Presiden MBM dan Dr. Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud, Pengarah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
























