MBM HADIR PROGRAM BERSAMA YB MENTERI KPDNHEP
PUTRAJAYA|4 Februari 2020 -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri sesi ramah mesra YB Menteri Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama rakan strategik kepenggunaan KPDNHEP. Sesi tersebut dihadiri oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM. Dalam sesi tersebut YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri KPDNHEP telah berkongsikan beberapa perkara mengenai halatuju kementerian […]
JALINAN KERJASAMA RELAWAN MBM DENGAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
SERDANG 4 Februari – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Relawan MBM melakukan perbincangan dengan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membentuk kerjasama menjayakan agenda kesukarelawanan dan menggilap bakat kepimpinan relawan. Antara agenda spesifik kesukarelawanan yang dibincangkan untuk dibangunkan bersama adalah alam sekitar, kebersihan tandas, pemuliharaan Harimau Malaya dan ‘Ocean Hope’. […]
MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA MBM BERSAMA YB NURUL IZZAH ANWAR
KUALA LUMPUR 4 Februari – YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh telah melawat pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM) dan mengadakan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM untuk kolaborasi program-program sempena Hari Wanita Antarabangsa dan Sidang Meja Bulat akan datang. Beliau juga menceritakan inisiatif yang telah dijalankan di Parlimen Permatang […]
MBM DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS PERUNDINGAN KEHARMONIAN RAKYAT (MPKR)
PUTRAJAYA 4 Februari – Sdr. Lim Swee Bok, Naib Persiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawantankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepengunaan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial. Watikah pelantikan telah diserahkan ketika menghadiri mesyuarat pertama MPKR yang diadakan di Jabatan Perpaduan Negara. YB Senator […]