Kuala Lumpur | 4 April -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Ambank Islamic Berhad yang diketuai oleh Encik Zazali Omar, Naib Presiden Business Development Retail Banking.
Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM.
Turut sama, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Antara perkara dibincangkan adalah mengenai ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama antara MBM dan Ambank.