Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian hasil Projek Ikan Sangkar

KUALA LUMPUR 4 April – Satu sesi pembentangan perancangan dan progres terkini Projek Ternakan Ikan Sangkar telah diadakan di pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM), Bandar Tun Razak. Projek ini adalah usahasama antara MBM dan rakan pelaksana PWS Sdn Bhd di Kuala Krau, Pahang. Dalam sesi ini juga turut diadakan simbolik penyerahan Perjanjian Persefahaman (MoU) di […]
MBM Terima Kunjungan Ambank Berhad

Kuala Lumpur | 4 April -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Ambank Islamic Berhad yang diketuai oleh Encik Zazali Omar, Naib Presiden Business Development Retail Banking. Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM. Turut sama, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Antara perkara dibincangkan adalah mengenai ruang kerjasama yang […]
Perbincangan Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM bersama Sekretariat

KUALA LUMPUR 4 April – Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga merangkap Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Asya Rahman telah mengadakan perbincangan dan perancangan program biro bersama Sekretariat di pejabat MBM. Perbincangan ini juga melibatkan biro Pendidikan MBM berkisar mengenai perancangan program-program peluang pekerjaan dan pendidikan kepada belia berisiko.