SHAH ALAM 13 Mac – Sempena Program Semarak Perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara, Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai rakan strategik kepada kementerian turut terlibat menjayakan program ini dengan pengendalian slot Unity Town Hall di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, Anggerik Mall.
Sesi town hall dikendalikan oleh Sdri. Asya Rahman, Exco MBM ini membariskan panelis dari pelbagai latar belakang dan bangsa seperti Dr. Malar Santhi Santherasegapan; Encik Jonathan Ding Sagan, Encik Zaidi Aziz dan Encik Chihowe yang merupakan pempengaruh di media sosial.
Sesi ini membicarakan perkongsian tetamu jemputan mengenai ‘unity’ dalam konteks perpaduan rakyat Malaysia khususnya generasi muda.
Program Semarak Perpaduan merupakan salah satu kluster program di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.
Program ini adalah bertujuan untuk memperluaskan tapak integrasi sosial serta meningkatkan semangat muhibbah dan menyemai sikap toleransi khususnya dalam mencapai aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir Sdr. Khairul Azman Azeez Naib Presiden MBM; Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin Penolong Ketua Penerangan MBM.



















