Usaha kolektif banteras jenayah siber
MAJLIS Belia Malaysia (MBM) memandang serius isu jenayah penipuan dalam talian yang semakin tenat dan membimbangkan kebelakangan ini. Sindiket ini dilihat semakin aktif di media-media sosial seolah-olah tiada pemantauan atau sekatan. Seperti yang dilaporkan oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini, jenayah penipuan dalam talian melibatkan pembelian dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan dalam talian, Macau Scam, […]
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Sambutan Jubli Intan 75 Tahun MBM kali pertama
KUALA LUMPUR 13 Mac – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Majlis Belia Malaysia (MBM) kali pertama di wisma MBM. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez selaku Pengerusi Urus setia Sambutan Jubli Intan MBM. Mesyuarat awal ini memfokuskan mengenai pelantikan pengerusi jawatankuasa kecil dan skop tugasan […]
MBM jayakan program Semarak Perpaduan dengan slot ‘Unity Town Hall’
SHAH ALAM 13 Mac – Sempena Program Semarak Perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara, Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai rakan strategik kepada kementerian turut terlibat menjayakan program ini dengan pengendalian slot Unity Town Hall di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, Anggerik Mall. Sesi town hall dikendalikan oleh Sdri. Asya Rahman, Exco MBM ini membariskan panelis dari […]