PUTRAJAYA 4 Februari – Sdr. Lim Swee Bok, Naib Persiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawantankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepengunaan telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.
Watikah pelantikan telah diserahkan ketika menghadiri mesyuarat pertama MPKR yang diadakan di Jabatan Perpaduan Negara. YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) telah menyampaikan amanat beliau kepada Ahli Majlis yang hadir.