KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma MBM.
Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun meraikan rombongan ini seterusnya diberi taklimat dan penerangan tentang kemudahan yang ditawarkan oleh PERKESO iaitu kemudahan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
MBM melihat kemudahan yang ditawarkan ini sangat bagus dan bermakna kepada semua masyarakat terutama kepada individu yang bekerja sendiri di samping kemudahan ini juga terbuka kepada bagi individu yang bekerja tetapi turut membuat kerja sampingan.
Kemudahan ini sangat wajar dicarum kerana di masa akan datang ia akan membantu pencarum dalam meringankan beban yang dihadapi terutama ketika mencari rezeki. MBM akan membantu pihak PERKESO dalam mempromosikan kemudahan yang ditawarkan ini melalui jaringan yang ada.