Sudah sampai masanya MyCorps diinstitusikan
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri majlis tamat latihan MYCorps Asia Selatan 2.0 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Seramai 41 anak muda MyCorps pulang selepas berkhidmat di Nepal dan Bangladesh […]
Tahniah Pemenang Pertandingan Reka Cipta Poster sempena HBN2020
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Reka Cipta Poster sempena Sambutan Hari Beli Negara 2020. Penyerahan hadiah disampaikan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun kepada pemenang-pemenang. Senarai pemenang: 1. Muhammad Luqman Hakim Mohd Hanapiah2. Noor Zaimiellia Zaidi3. Alwani Abd Munir
Perbincangan Santai Kolaborasi Bersama Selangor Youth Community (SAY) Untuk Belia Oku Selangor
PETALING JAYA 24 Ogos – Ketua Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi telah diundang oleh Selangor Youth Community (SAY) ke sesi sumbang saran secara santai bagi program Pemerkasaan Belia OKU yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. MBM menyambut baik usaha untuk memperkasakan komuniti Belia OKU dengan sinergi kerjasama pelbagai pihak.
Kunjungan PERKESO Promosi Skim Keselamatan Sosial
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma MBM. Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun meraikan rombongan ini seterusnya diberi taklimat dan penerangan tentang kemudahan yang ditawarkan oleh PERKESO iaitu kemudahan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. MBM melihat kemudahan yang ditawarkan ini sangat […]