MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjung hormat MBM kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia

KUALA LUMPUR 21 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah di Bangunan Parlimen.

Delegasi MBM diketuai Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha. Hadir sama Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Sdr. Syed Osman Mohamed, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali dan Sdri. Kavita Maheendran.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan ini adalah mengenai industri kreatif yang dipelopori anak muda, literasi media serta program festival belia antarabangsa anjuran bersama Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC)

YB Menteri turut membuka ruang seluasnya kepada MBM dalam menggerakkan program-program belia melalui kerjasama bersama pihak kementerian dan agensi berkaitan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »