KUALA LUMPUR 25 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Eight Major Chinese Youth-Base Organization (EMCO) Malaysia bertempat di Wisma MBM.
Delegasi EMCO diketuai Sdr. Wong Kam Loon, Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM).
Rombongan disambut mesra Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama program yang boleh dijalinkan bersama dan penganjuran Program Pesta Tanglung yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.









