KUANTAN 1 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menjayakan Program Ziarah Sahur YAB Menteri Besar Pahang anjuran Majlis Belia Negeri Pahang, Sukarelawan Tunas Warisan (STW) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.
Sukarelawan ini terlibat mengagihkan pek makanan (sahur) kepada petugas-petugas seperti anggota bomba, polis, perubatan dan gelandangan di sekitar bandar Kuantan.
Hadir sama menjayakan program ini Sdr. Wan Emril Wan Embong, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Exco MBM, Sdri. Nurliana Muhammad dan kepimpinan Majlis Belia Negeri Pahang.