MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ziarah Presiden MBM Bersama Pimpinan Majlis Belia Daerah Besut

KUALA BESUT 14 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) meneruskan usaha menziarahi pemimpin belia akar umbi dan kali ini bersama pimpinan Majlis Belia Daerah Besut pimpinan Ustaz Ahmad Shakir Sofian. Pertemuan berlangsung di Kem Damai Resort Besut, kendalian ahli belia.

Sdr. Jufitri Joha sempat berbincang tentang ehwal majlis belia daerah (MBD), pelancongan belia dan konvensyen mbd.

Presiden juga meluangkan masa menziarahi dan mengopi di gerai E-Mee Burger aka Jom Ngopi kendalian anak muda belia Sdr. Rahimi Sidek yang membuka peluang pekerjaan kepada belia. Turut sama mengopi Tuan Wan Mahazani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut.

Banyak yang dibincangkan tentang idea pembangunan MBD dan pembangunan insan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »