Semporna 14 Jan – Majlis Belia Malaysia melalui Komuniti Belia 1Malaysia MyVOC mengadakan kunjungan ke penempatan mangsa kebakaran Kg. Bangau-Bangau, Semporna Sabah. Kebakaran yang berlaku pada bulan Mac 2015 ini melibatkan 435 keluarga kehilangan tempat berteduh.
Kunjungan ini adalah ziarah mesra Setiausaha Agung MBM kepada Imam Sukarno yang masih berada disana.
Tinjauan kami mendapati mereka masih tinggal di dalam khemah, walaupun terdapat beberapa rumah papan dibina namun ia tidak mencukupi untuk menampung keluarga-keluarga tersebut.
Dikesempatan yang ada kami menghulur sedikit bantuan berupa makanan ringan kepada kanak-kanak di sini. Kegembiraan dan keriangan jelas terpancar pada reaksi anak-anak ini.