KUALA LUMPUR 23 Julai – Sempena ulang tahun Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini, Presiden Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun telah mengadakan ziarah kasih kepada mantan kepimpinan MBM sesi 1974-1976, Encik Abdul Halim Abdullah di kediaman beliau di Desa Pandan.
Beliau merupakan Setiausaha Agung MBM di era kepimpinan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden MBM ketika itu.
Banyak kisah-kisah lama zaman idealisme pergerakan belia memuncak dikongsikan dalam pertemuan ini.
Beliau sempat menitipkan beberapa nasihat dalam kepimpinan dan kehidupan.
Beliau turut mensarankan pemimpin belia membaca buku Ibnu Khaldun sebagai panduan dalam memimpin.