Cheras 7 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MYVOC) telah mengadakan Ziarah Kasih di Pusat Perlindungan & Pemulihan Kanak-Kanak Taman Seri Puteri Cheras. Kunjungan yang dihadiri seramai 25 orang yang terdiri daripada Sdri. Puan Asfalinda Anuar Naib Presiden MBM, Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM, Sdri. Nor Zakiah Azmi Exco MBM, Wakil MAYC Negeri Sembilan, Wakil Majlis Belia Kawasan Cheras, beberapa orang staff MBM dan sukarelawan MYVOC.
Kunjungan kami disambut oleh Puan Zuraidah Saad Timb. Pengetua Pusat Perlindungan & Pemulihan Kanak-Kanak dan diberikan sedikit taklimat berkaitan pusat tersebut.
Sesi ramah mesra bersama adik-adik penghuni disini dengan ucapan aluan oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM dan Sdri. Puan Asfalinda Anuar Naib Presiden MBM. Seterusnya sesi penyampaian hadiah kepada adik-adik dan cenderamata kepada Puan Zuraidah Timb. Pengetua Pusat….