MAJLIS BELIA MALAYSIA

YSD–MBM Jalinkan Kerjasama Lonjak Potensi Belia

KUALA LUMPUR 29 April – Satu pertemuan strategik telah berlangsung hari ini di Wisma Majlis Belia Malaysia (MBM) melibatkan Yayasan Sime Darby (YSD) dan MBM dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama pembangunan belia.

Delegasi YSD diketuai oleh Puan Nur Shafizza Saidon, Penolong Pengarah Strategi Korporat. Kehadiran mereka disambut oleh barisan kepimpinan MBM yang terdiri daripada Penolong Setiausaha Agung II MBM, Sdr. Syahmi Shamsudin serta Naib Presiden MBM, Sdri. Jessy Ng.

Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan potensi kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam merangka inisiatif yang mampu memperkasa komuniti belia di kawasan Bandar Tun Razak.

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif dan konstruktif ini membuka ruang kepada pelaksanaan program berimpak tinggi yang berorientasikan pembangunan kapasiti, kepimpinan serta kesejahteraan belia setempat.

Kerjasama ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menyatukan kepakaran dan sumber kedua-dua organisasi bagi mencipta peluang baharu kepada generasi muda.

Perkembangan lanjut berkenaan kolaborasi ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Nantikan kolaborasi YSD x MBM!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »