Serdang 12 Okt – Sidang Meja Bulat “YouthIdeas” yang membincangkan topik “Silang Budaya : Memahami Cabaran, Masalah Dan Isu Belia Bukan Melayu” yang berlangsung dengan jayanya di Bilik Persidangan Fakulti Ekologi Manusia, UPM yang dirasmikan oleh Ybhg Profesor Dr. Laily Haji Paim Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM pada 11 Oktober 2016 Moderator oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM dan ahli panel yang hadir adalah Profesor Madya Dr. Sarjit Singh Gill, Fakulti Ekologi Manusia, UPM dan Dr. Wendy Yee Mee Tien, Pusat Pencetus Bakat dan Latihan Industri Universiti Malaya. Turut hadir Tuan Hj, Mua’amaar Ghadafi Jamal Presiden MBM, Sdr. Zaidi Aziz Timbalan Presiden MBM, Sdr. Choo Chung Tiong dan Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff, Sdr. Wan Husni dan Sdr. Thai Ming Yeow Exco MBM. Antara isu-isu penting yang dibincangkan adalah : Panel 1 : Profesor Madya Dr. Sarjit Singh Gill
Fokus 4 perkara
-Perlu memahami demografi masyarakat India
-Memahami isu-isu masyarakat India dari tiga dimensi sosial,ekonomi dan politik
-isu sosial (isu yang belum diselesaikan ialah isu keluarga, pendidikan, agama dan perpaduan)
-Apakah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani dan membantu masyarakat India
-Masa depan masyarakat India
Panel 2 : Dr. Wendy Yee Mee Tien
-Bagi keluarga cina, tidak kira sama ada mereka berada dia kelas pertama, kedua atau ketiga, pendidikan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan.
-Betapa susah atau miskinnya keluarga mereka tetapi ia akan memastikan juga pendidikan diutamakan
-Kerajaan perlu ada kualiti dalam pendidikan, di Malaysia kita memang mempunyai sistem pendidikan tetapi kualiti dalam pendidikan adalah masih rapuh.
– Masalah utama belia cina adalah
-Tekanan (semangat persaingan ingin menjadi yang terbaik dalam aspek yang diceburi terutama dalam aspek pendidikan)
-Masalah sampingan
– mereka tidak meminati bidang lain selain daripada pendidikan
– mereka terlalu taksub pada diri sendiri (mementingkan diri sendiri)
– belajar semata-mata untuk lulus peperiksaan
– mereka akan jadi proffesionis (susah untuk kerjasama dengan orang lain dan lebih selesa bekerjasama antara mereka sendiri)
Sesi Soal Jawab
MY SKILLS FOUNDATION (SELVA MALA) :
– pada masa kini kita perlu fokus kepada belia berisiko untuk kita sama sama menyelesaikan masalah masalah yang mereka hadapi sebagai contoh mengadakan satu “round table discussion “ untuk kita bertanya kan masalah belia seperti mereka serta mereka juga dapat menceritakan pengalaman serta luahan hati mereka.
-Sebagai contoh belia bukan Melayu kurang mendapat tempat di mana mana berbanding belia Melayu dan siapakah yang akan membela nasib mereka sebagai contoh jika di buang sekolah, ke mana kah mereka akan pergi.
-belia di dalam “title” ini perlu diberi peluang dan oleh sebab itu mereka perlukan sokongan terutamanya dari segi kewangan.
BELIA ORANG ASLI (CLIVE ALLEN) :
– respon dari badan badan tertentu seperti JAKWA adalah sangat tidak memberangsangkan terhadap orang asli terutamanya golongan belia berkaitan dengan dana yang dipohon.
-hal untuk menambah baik dan menaik taraf kehidupan orang asli adalah lebih baik dikaji dulu sebelum di laksanakan apa apa projek kerana risau bercanggah dengan adat dan pantang larang suku kaum orang asli yang berbeza beza dan harus buat pelan tindakan yang menyeluruh.
– pendidikan yang ditawarkan juga tidak berada di tahap kefahaman orang asli hal ini kerana suku kaum orang asli mempunyai hampir 40 dialek.
HYO (JULIAN) :
– sesetengah belia bukan Melayu terpaksa terima kursus yang ditawarkan di kepada mereka walaupun tidak minat atas sebab terdesak untuk mendapatkan tempat dia universiti awam.
– kenapa harus ada kelas peralihan untuk belia bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu jika tidak lulus dalam ujian UPSR sedangkan belia Melayu tidak perlu walaupun mereka juga tidak lulus.
BELIA SIKH (GULPREET) :
– sedar bahawa tiada persatuan untuk belia sikh di mana mana universiti untuk mereka menjadi kan platform atau medium untuk mereka menyuarakan pendapat mereka sendiri.
-Mencabar pihak Majlis Belia Malaysia supaya mendapatkan lagi banyak belia untuk sama sama menyertai pihak MBM.
HYO (ARUN) :
-kebanyakan masalah yang dihadapi oleh belia india adalah berkaitan dengan alkohol yang diambil tanpa kawalan.
– di Malaysia kita mempunyai pelbagai pusat untuk pemulihan seperti dadah dan akhlak tapi tiada untuk pemulihan ketagih alkohol.
– selain itu berkaitan dengan masalah gengsterisme, pihak pihak tertentu selalu pandang pada masalah dan bukan pada penyelesaian nya.
UPM (DALJIT KAUR) :
-perkara yang paling penting antara satu sama lain adalah interaksi sesama manusia.
PERSATUAN BAHASA CINA UM:
–pelbagai kes kecurian melibatkan belia cina yang masih tidak dapat di bendung oleh pihak pihak yang bertanggungjawab.