MAJLIS BELIA MALAYSIA

YouthIdeas – Dilema Kepimpinan Wanita Muda

Cheras 13 Dis –  Sidang Meja Bulat “YouthIdeas” yang membincangkan topik “Dilema Kepimpinan Wanita Muda” yang  berlangsung dengan jayanya pada 12 Disember 2018 di Bilik Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras Kuala Lumpur. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai pertubuhan telah menyertai sesi perbincangan ini.

Panel jemputan dibarisi oleh Pn Omna Sreeni Ong (Setiausahan Agung, National Council of Women’s Organisations), Prof Datin Dr Norizan Abd Razak (Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah UKM), dan Pn Shahhanim Yahya (Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES).

Turut hadir Tuan Hj, Dr. Mohamed Maliki Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdri. Nurul Huda Naib Presiden MBM dan Sdr. Hazrul Hafizi Exco MBM

Program ini merupakan sebagai salah satu inisiatif awal sebelum pelaksanaan Program Kepimpinan Wanita Muda Kebangsaan – Women Fest 2019 bermula Januari nanti, anjuran Pusat Belia Antarabangsa dan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia dan Gerakan Kemanusiaan Malaysia.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »