MAJLIS BELIA MALAYSIA

YOUTH KUALA LUMPUR SUMMIT (YKLS) 2019

KUALA LUMPUR 17 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir ke program Youth Kuala Lumpur Summit (YKLS) bertempat di KL Convention Centre. YKLS adalah sebahagian daripada persidangan yang melibatkan empat buah negara antaranya, Malaysia,Turki, Pakistan dan Qatar didalam menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat diantara negara berkenaan.

YKLS 2019 mengambil tema Youth Empowerment in Facing Global Challenges ini memberikan fokus kepada lima segmen, iaitu Pendidikan dengan tajuk Towards Youth Wellbeing 2030, Ekonomi dengan tajuk Catalysing Digital Economy, Politik dengan tajuk Reimagining the Future of Youth in Politics, Keusahawanan dengan tajuk Gig Economy and Sustainability dan Industrial Revolution 4.0 dengan tajuk Adapting to the Challenges of IR4.0

YKLS dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman. MBM dihadiri oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Bin Hj Abdul Hamid, Naib Presiden MBM bersama Raja Azraff, Ahli Jawatankuasa Antarabangsa MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »