MAJLIS BELIA MALAYSIA

YOUTH KL SUMMIT 2019 DAN KL SUMMIT 2019

KUALA LUMPUR 19 Dis – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan menghadiri Youth KL Summit 2019 dan KL Summit 2019 yang berlangsung dari 17 – 21 Disember di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Sidang kemuncak dihadiri kepimpinan ternama dunia Islam dan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

MBM berpandangan platform sebegini dapat mengimbangi kelesuan pertubuhan seperti Organization of Islamic Cooperation (OIC) yang dilihat tidak agresif menangani isu dunia Islam.

Hadir mewakili MBM, Presidennya Sdr. Jufitri Joha dan Naib Presiden, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »