MAJLIS BELIA MALAYSIA

Youth Ideas@Campus platform MBM dekati pelajar

KAJANG 3 Mei – Golongan pelajar di institusi pendidikan tidak harus terlalu fokus kepada akademik sebaliknya perlu lebih proaktif dengan mencari nilai tambah (added value) dalam merancang masa depan yang lebih baik.

Pengerusi Biro Profesional dan Siswazah Muda MBM, Hasnul Hanif Harun berkata, “dunia pekerjaan masa kini tidak tertumpu kepada segulung ijazah tetapi mereka yang mempunyai nilai tambah dalam diri seperti pengetahuan dalam bidang yang luar dari kebiasaan selain penglibatan kesukarelaan yang memberi manfaat kepada masyarakat juga diberi penekanan”.

Beliau hadir sebagai ahli panel program Youth Ideas@Campus yang berlangsung di Dewan Sri Delima, Institut Penilaian Negara (INSPEN) Kajang baru-baru ini. Dialog santai ini dipengerusikan oleh Muhammad Hanafi Jamaludin, Naib Pengerusi Biro Jawatankuasa Pendidikan dan Penyelidikan MBM.

MBM sebagai badan induk pergerakan belia menggalakkan pelajar-pelajar menyertai aktiviti belia dan sukarelawan bagi memupuk jati diri seterusnya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat. MBM menyediakan platform seperti Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC), Santai Anak Muda dan lain-lain bagi tujuan tersebut.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »