MAJLIS BELIA MALAYSIA

Youth Icon Forum – Finding Success in Youth in the Digital Era

SIBU 11 Oktober – Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin telah hadir sebagai panelis Youth Icon Forum – Finding Success in Youth in the Digital Era sempena Persidangan Antarabangsa Belia 2023 (ICYOUTH 2023) di Universiti Teknologi Sarawak, Sibu.

Program anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Business Event Sarawak, UTS dan Institut Dasar Belia Negara in berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober 2023.

Seramai 200 orang peserta dari Malaysia dan luar negara terdiri daripada ahli akademik, mahasiswa, sukarelawan membincangkan mengenai siber sekuriti, jenayah siber, perniagaan dalam talian, kepimpinan belia, kesukarelaan belia, politik dan advokasi dan sebagainya.

ICYOUTH dirasmikan oleh YB Joseph Chieng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek.

Hadir sama Pengarah IPSAS UPM, Prof Dr. Haslinda Abdullah dan mantan Presiden MBM, Dr. Jufitri Joha.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »