MAJLIS BELIA MALAYSIA

‘Youth Friendship Story Sharing’ sempena  50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China

KUALA LUMPUR 19 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui satu majlis yang diadakan semalam telah menunjukkan satu komitmen dalam memperkasakan hubungan dua hala antara Malaysia dan China melalui penyertaan aktif dalam program China-Malaysia Youth Friendship Story Sharing yang berlangsung di ibu pejabat China Communications Construction (ECRL) Solaris Dutamas.

Program ini dianjurkan sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan juga sebagai sebahagian daripada sambutan Year of China-Malaysia Friendship.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menyampaikan ucaptama pembukaan yang menggariskan semangat kerjasama belia antara Malaysia dan China di dalam mendepani dunia yang mencabar. Dalam ucapannya juga, beliau menekankan pencapaian-pencapaian penting serta peluang-peluang baru yang boleh diteroka dalam era kerjasama baharu ini sambil mengakui cabaran-cabaran yang perlu dihadapi bersama.

MBM juga memainkan peranan penting sebagai penyokong utama dalam program iniyang disertai oleh pelbagai wakil belia dan cendekiawan dari Malaysia dan China.

Selain itu, wakil MBM Sdri. Jessy Ng Chor Eng dan Sdr. Matt Ngai Chee Hau turut terlibat dalam sesi perkongsian bertemakan “People-to-people Bonds”, “Green Development and Youth Innovation and Entrepreneurship”.

Perbincangan ini menyoroti peranan belia dalam mengukuhkan hubungan antara masyarakat serta kepentingan inovasi hijau dalam pembangunan masa depan. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia Malaysia untuk bertukar pandangan dan pengalaman tetapi juga membuka jalan untuk kerjasama lebih erat dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan dan pembangunan mampan.

Majlis ini juga telah dibuka dengan syarahan daripada cendekiawan muda diwakili Sdr. Muhammad Ariff Asyrul Adnan yang telah menggariskan cabaran dan peluang yang boleh diterokai kedua-dua negara.

Penyertaan MBM dalam program ini membuktikan bahawa belia Malaysia mempunyai peranan penting dalam membina masa depan yang lebih baik, tidak hanya untuk negara sendiri tetapi juga di peringkat global. Bersama dengan rakan belia dari China, MBM terus menerajui usaha dalam membina persahabatan yang lebih erat antara kedua-dua negara selaras dengan tema program “Inheriting the China-Malaysia friendship, joining hands for common development.”

Dengan sokongan dan kolaborasi seperti ini, masa depan kerjasama antara belia Malaysia dan China tampak cerah, membuka lebih banyak peluang bagi kedua-dua negara untuk berkembang bersama secara harmoni dan lestari.

Program ini juga disertai secara hibrid dari Beijing, China menerusi perwakilan All China Youth Federation (ACYF) yang diketuai presidennya, Tuan Yang Terutama XU Xiao.

Hadir sama Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa MBM, Sdr. Dhanesh Basil.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »