PAGOH 14 November – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Atiqah Shaharudin Penolong Setiausaha Agung MBM telah hadir menyampaikan perkongsian bersama mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh. Program ini dianjuran oleh Seketariat Perhubungan pelajar kampus tersebut.
Antara perkara yang disampaikan dalam program tersebut adalah mengenai kesediaan mahasiswa dalam membentuk diri dan pemikiran untuk menjadi aktivis bermula dari aktivis mahasiswa serta masyarakat sehingga peringkat seterusnya.
Selain itu, perkara yang penting juga disampaikan dalam perkongsian tersebut adalah mengenai kepentingan suara belia yang perlu disampaikan serta diangkat keperingkat pimpinan negara dan dunia sebagai sumber pembentukan masa hadapan.