KUALA LUMPUR 19 Januari – Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menghadiri Pertandingan Tarian Singa Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) bertempat di Jalan Kerinchi.
Program tersebut dihadiri Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Exco MBM, Sdri. Ng Chor Eng.
Program ini merupakan satu keraian yang disambut oleh masyarakat Cina di Malaysia. Melalui acara ini juga dapat memupuk semangat dan minat dikalangan masyarakat berbilang kaum untuk turut serta meraikan keunikan acara yang biasanya disambut oleh kaum Cina.