MAJLIS BELIA MALAYSIA

YCARE MBM – SEJAM BERSAMAMU – KUNJUNGAN RAMADHAN KE RUMAH KASIH NURUL HASANAH

Ramadhan membawa seribu makna apabila dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui YCARE MBM telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan berkunjung ke Rumah Kasih Nurul Hasanah bertempat di Ampang untuk memberi sumbangan kepada golongan yang dihimpit kesulitan yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin, saudara baru, ibu tunggal, warga emas, dan juga insan-insan yang teraniayai. MBM terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada pusat yang baru sahaja ditubuhkan oleh saudara Zulkifli ini yang pada baru-baru ini telah ditimpa kejadian kebakaran yang telah memusnahkan semua harta benda.

MBM telah diwakili oleh En Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM , En Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM, En Annas Ahmad,Penolong Bendahari MBM, En Abdul Rizam Mohd Akhir, Exco MBM yang juga Pengerusi Biro Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, En Khairul Anuar Mansor, Exco MBM serta kakitangan MBM yang turut serta menjayakannya. Turut sama dalam kunjungan ini ialah Sdr. Rizan Hasan, seorang aktivis belia serta penyeleras YCARE, Sdr. Irwan Rumah ini berperanan sebagai pusat transit untuk mengumpul dan mengagihkan sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Selain itu, ia menjadi pusat pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain selain menjadi tempat perlindungan sementara untuk orang yang dianiayai. Anggaran kos perbelanjaan bagi pusat ini adalah RM 16,000 sebulan dan pusat ini masih tidak mempunyai perabot, peralatan rumah, dan kelengkapan harian yang mencukupi selain ketiadaan kenderaan untuk menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah dan jika berlaku kecemasan.

Sumbangan boleh diberikan oleh orang ramai dari segi wang ringgit dan material untuk meringankan lagi beban bagi mengurusi pusat ini dan memberi keselesaan kepada penghuninya. Sebarang pertanyaan atau sumbangan boleh menghubungi En En Abdul Rizam Mohd Akhir 013-734 8888 atau Rumah Kasih Nurul Hasanah di talian 03-4297 7313 dan sumbangan disalurkan ke akaun Maybank 562777213969. Keprihatinan masyarakat mampu mengubah sebuah kehidupan.

Sebarang maklumat mengenai aktiviti Biro ini, boleh didapati di http://www.facebook.com/groups/278321043532/ atau www.ycare.my

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »