KUALA KUBU 21 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pagi tadi hadir ke Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI ‘Satu Pemimpin Satu Kampung’ anjuran Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Kampung Orang Asli Buloh Telor, Kuala Kubu Bharu di sini.
Majlis dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Program yang diperkenalkan YAB Perdana Menteri ini bertujuan meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala.
YB Menteri turut mengingatkan MBM untuk terus menyantuni belia-belia Orang Asli khususnya dalam memastikan isu pendidikan dan kesihatan belia-beliawanis ini terbela.
Hadir sama Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBSMalaysia.





