MAJLIS BELIA MALAYSIA

YB Adam Adli lawat tapak Sambutan HBN 2023

PORT DICKSON 20 Mei – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Fairos Rusli telah mengiringi rombongan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim ke tapak program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2023 yang dijadualkan pada 28 Mei ini di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

YB Timbalan Menteri dan pengurusan KBSMalaysia turut diberi taklimat dan Penerangan mengenai ‘progress’ terkini berhubung persiapan HBN2023.

Turut sama, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Belia dan Sukan Negara (JBSN) Puan Azlina Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Zulfadhli dan Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdri. Muhaizzahera Wati.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »