MAJLIS BELIA MALAYSIA

Yayasan Amirul Ummah dan MBM agih 500 pek makanan kepada golongan asnaf

KUALA LUMPUR 2 Sep – Yayasan Amirul Ummah dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengagihkan 500 pek makanan kepada golongan asnaf di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.

MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco MBM. Manakala Yayasan Ammirul Ummah diwakili oleh Sdra. Zainul Alam Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Pembangunan OKU dan Asnaf.

Agihan pek makanan ini diadakan secara berkala kepada kumpulan sasaran melalui kerjasama Yayasan Ammirul Ummah dan bersama jaringan strategik dibawahnya.

Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit bebanan kepada mereka yang memerlukan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »